TANBIIH

الحَمـْدُ للهِ المُــوَفَّـقِ للِعُـلاَ حَمـْدً يُوَافـــِي بِرَّهُ المُتَـــكَامِــلا وَإِن تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّـهِ لَا تُحْصُوهَا ۗ إِنَّ اللَّـهَ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ ثُمَّ الصَّلاَةُ عَلَي النَّبِيِّ المُصْطَفَىَ وَالآلِ مَــــعْ صَـــحْــبٍ وَتُبَّـاعٍ وِل إنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا تَقْوَى الإلهِ مَدَارُ كُلِّ سَعَادَةٍ وَتِبَاعُ أَهْوَى رَأْسُ شَرِّ حَبَائِلاَ إن أخوف ما أخاف على أمتي اتباع الهوى وطول الأمل إنَّ الطَّرِيقَ شَرِيعَةٌُ وَطَرِيقَةٌ وَحَقِيقَةُ فَاسْمَعْ لَهَا مَا مُثِّلا فَشَرِيعَةٌ كَسَفِينَة وَطَرِيقَةٌ كَالبَحْرِ ثُمَّ حَقِيقَةٌ دُرٌّ غَلاَ فَشَرِيعَةٌ أَخْذٌ بِدِينِ الخَالِقِ وَقِيَامُهُ بَالأَمْرِ وَالنَّهْيِ انْجَلاَ وَطَرِِيقَةٌ أَخْذٌ بِأَحْوَطَ كَالوَرَع وَعَزِيمَةُ كَرِيَاضَةٍ مُتَبَتِّلاَ وَحَقِيقَةُ لَوُصُولُهِ لِلمَقْصِدِ وَمُشَاهَدٌ نُورُ التّجَلِّي بِانجَلاَ مَنْ تصوف ولم يتفقه فقد تزندق، ومن تفقه ولم يتصوف فقد تفسق، ومن جمع بينهما فقد تحقق

hiasan

BELAJAR MENGKAJI HAKIKAT DIRI UNTUK MENGENAL ILAHI

Senin, 23 Juli 2012

Mengenai Jiwa Dan Ruh Insani



Ketahuilah bahwa Alloh Taala menjadikan manusia ini terdiri daripada dua suatu yang berbeda iaitu:
Jisim yang gelap, tebal, termasuk di bawah kejadian dan kebinasaan (Al-Kun Wal-Fasad) yang tersusun, bersifat ketanahan yang tidak dapat melaksanakan urusannya melainkan dengan yang lain.

Jiwa Jauhari yang tunggal yang bercahaya, mencapai, bertindak lagi menggerakkan dan menyempurnakan alat-alat (alat-alat dalam badan manusia baik yang bersifat ruhaniah seperti Ruh Hewani, Ruh Tobi'e dan lain-lain atau bersifat jasmaniah seperti otak dan bahagian-bahagiannya dan lain-lainnya.

Alloh Ta'ala menyusun jasad-jasad dari bagian-bagian makanan dan menjaganya dengan bagian-bagian dzat makanan yang lebur menyerap ke dalam jasad, menyediakan asas, menyempurnakan anggota-anggota penting, menentukan anggota-anggota kaki dan tangan dan melahirkan jauhar jiwa dari urusan yang tunggal, sempurna menyempurna lagi memberi faedah.

Bukanlah saya ( syeikh Imam Ghozali) maksudkan ‘jiwa’ itu kekuatan untuk mendapatkan makanan; 
bukanlah kekuatan yang menggerakkan syahwat (Al-Nafsu) dan kemarahan; 
bukanlah kekuatan yang berada dalam jantung(Al-Qolbu) yang melahirkan hidup, menimbulkan rasa dan gerak dari jantung kepada seluruh anggota, kerana kekutan ini dinamakan ‘Ruh Hewani’. 

Rasa, gerak, syahwat adalah dari tentera Ruh Hewani ini. 

Kekuatan mendapatkan makanan yang berada dan menguruskan dalam hati (Al-Kabad) dinamakan ‘Ruh Tobie.’ Pencernaan dan penolakan adalah dari sifat-sifatnya. Kekuatan merupa, melahir, menyubur dan lain-lain kekuatan tobie semuanya menjadi khadam-khodam bagi jasad dan jasad pula adalah khodam kepada Ruh Hewani, karena jasad menerima kekuatan-kekuatan dari Ruh Hewani dan bekerja menurut geraknya. 

Sebenarnya yang saya maksudkan dengan ‘JIWA’ itu ialah JAUHAR YANG SEMPURNA SERTA TUNGGAL (Al-Jauhar Al-Kamil Al-Mufrad) yang kerjanya hanya
mengingat
menghafal
berfikir membedakan baik buruk dan 
mengamat-amati juga 
menerima segala ilmu dan
tidak jemu-jemu menerima rupa-rupa abstrak yang bersih dari benda.

Jauhar ini adalah ketua segala ruh dan raja. Segala kekuatan semuanya berkhidmat (taat) kepada jauhar ini dan menjunjung perintahnya.

Jauhar ini tidak lain tidak bukan dari JIWA BERAQAL (Al-Nafs An-Naathiqoh) yang diberikan berbagai nama-nama. Para ahli falsafah menamakanNya jauhar ini sebagai JIWA BERAQAL(Al-Naf An-Naathiqoh).Al-Quran menamakannya sebagai JIWA YANG TENANG (Al-Nafsul Mutmainnah). Al-Quran juga menamakannya sebagai RUH URUSAN (Al-Ruh Al-Amri). Ahli Tasawuf menamakannya sebagai QOLBU(Al-Qolbi). Perbedaan cuma pada segi nama-nama sahaja tetapi artinya satu, tidak ada perselisihan.

Oleh itu ‘QQLBU’ dan ‘RUH’ pada kita juga ‘YANG TENANG’ semua nama-nama itu adalah bagi ‘JIWA BERAKAL’ (Al-Nafs Al-Naathiqoh). Jiwa berakal ialah ‘Jauhar yang Hidup’, ‘aktif’, lagi mencapai kalau disebut Ruh Mutlak atau Qolbu. Maksudnya ialah jauhar ini juga. 

Ahli-ahli Tasawuf menamakan ‘Ruh Hewani’ pula dengan nafsu. Syarak'juga memberikan pengertian yang sama sebagaimana sabda Rosululloh S.A.W. yang bermaksud: 

“Musuh engkau yang paling ketat ialah nafsu engkau”.

Baginda bersabda lagi dengan maksud:

“Nafsu engkau ialah yang terletak di antara dua pihak (lambung)”. 

Perkataan nafsu yang dimaksudkan oleh syara' di sini ialah kekuatan ’syahwaaniah’ dan kemarahan kerana kedua-duanya muncul dari jantung yang terletak di antara dua pihak (dari tubuh manusia). 

Bila kamu telah faham dan mengetahui perbedaan nama-nama itu ternyatalah bahwa para pengkaji memberikan nama yang bermacam-macam terhadap Jauhar yang bernilai ini dan mengemukakan pendapat-pendapat yang berbeda. 

Para ahli Ilmu Kalam yang pandai dalam debat menganggap jiwa itu sebagai suatu jisim dan menyatakan bahwa ia adalah jisim yang halus sebagai tantangan bagi jisim yang tebal ini. Mereka hanya melihat perbedaan di antara ruh dan jasad dari segi kehalusan dan ketebalan sahaja. 

Sebagian dari mereka menganggap ruh sebagi ‘arodh. Sebahagian daripada ahli-ahli kedokteran cenderung ke arah pendapat ini. Ada pula yang menganggap darah sebagai ruh. 

Mereka semua merasa puas hati dengan pendapat mereka karena dipengaruhi oleh kecantikkan pandangan dan mereka ‘TIDAK BERUSAHA’ mencari bagian ketiga sedangkan sebenarnya ada tiga bagian iaitu Jisim, Arodh dan ‘Al-Jauhar-Al-Mufrod’. Ruh Hewani ialah jisim yang halus seolah-olah lampu yang menyala terletak dalam kaca jantung. Jantung yang dimaksudkan di sini ialah rangka sanubari yang tergantung pada dada manusia. Hidup adalah lampu tersebut, 

Darah ialah minyaknya,
Rasa dan gerak merupakan Nurnya, 
Syahwat ialah kepanasannya, 
Kemarahan ialah uapnya, 
Kekuatan mencari makanan yang berada di dalam hati merupakan khodam atau penjaganya dan wakilnya. 

Ruh ini terdapat pada segala binatang. Ruh ini tidak menerima ilmu dan tidak mengetahi soal yang berhubung dengan alam dan tidak mengetahui hak-hak Pencipta Alam. Ia hanya merupakan khodam yang terikat.

Ia mati bersama dengan matinya badan. Jika bertambah darah, padam lampu itu kerana bertambah kepanasan dan sebaliknya jika berkurangan darah, ia akan padam juga kerana bertambah kesejukan. Padamnya menjadi sebab bagi matinya badan. 

Tidak ada ‘khitob Tuhan’ iaitu (perkataan-perkataan Tuhan yang lazim yang dihadapkan kepada orang-orang mukallaf berhubung dengan perbuatan-perbuatan mereka) dan tidak ada ‘takhlif’ (pemikul tanggungjawab yang diamanahkan dari Alloh melalui hukum syara' yang lima) tuan punya syara' terhadap ruh ini. Kerana inilah segala binatang tidak termasuk ke dalam makhluk-makluk yang menerima ‘khitob’ dengan hukum-hukum syara'. 

Manusia sebenarnya ‘ditakhlif’ dan ‘dikhitob’ karena suatu makna yang lain terdapat padanya sebagai suatu tambahan yang dikhaskan untuknya. Maknanya ialah pada manusia ada

‘JIWA YANG BERAQAL’ (Al-Nafs-An-Naatiqoh), ‘RUH URUSAN’(Ruhul-Amri) dan ‘JIWA YANG TENANG’(Al-Nafsul Muthmainnah).

Ruh ini bukanlah jisim dan bukanlah ‘arodh’, kerana ia datang dari urusan Alloh Taala sebagaimana firmannya yang bermaksud: 


وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلا قَلِيلا
‘"Dan mereka bertanya kepadamu tentang ruh. Katakanlah: 'Ruh itu termasuk urusan Rabb-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit'." 

(Surah Al-Isra' ayat 85)

Alloh berfirman 


يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ . ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً . فَادْخُلِي فِي عِبَادِي. وَادْخُلِي جَنَّتِي (الفجر: 27 – 30)

“Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku.” (QS. Al-Fajr, 89 : 27-30)


Urusan Allah bukanlah berupa jisim dan bukan pula ‘aradh’, malahan ia adalah suatu kekuatan ‘ILAHIYAH’ seperti ‘AQAL YANG PERTAMA’ (Al-’Aqlul-Awal), Luh dan Qolam. Kekuatan Ilahiyah adalah Jauhar-Jauhar Tunggal yang bukan dari benda, malah ia merupakan sinar-sinar abstrak yang dapat difahami oleh akal (Ma’quulah).

Bukan boleh dirasa. Apa yang kita sebut sebagai ruh dan Qolbu adalah dari Jauhar-Jauhar itu. Ia
tidak rusak 
tidak layu
tidak binasa
tidak mati bahkan;
ia terpisah dari badan dan menantikan perkembaliaan pada hari kiamat

sebagaimana yang dinyatakan dalam syara' dan telah disahkan dalam ilmu-ilmu ‘HIKMIAH’ (Falsafah) dengan alasan-alasan yang tidak dapat ditolak lagi. Buktinya yang nyata menunjukkan bahawa ‘RUH YANG BERAKAL’ bukanlah jisim dan bukanlah ‘arodh, malah ia adalah JAUHAR yang tsabit(nyata / tetap) lagi kekal tiada binasa. 

Di sini rasanya tidak perlu lagi kita menyebut alasan-alasan dan membentangkan dalil-dalil kerana telah dibuat dan disebut orang. Sesiapa yang mahu mengesahkannya risaah tetap pada kitab-kitab yang baik mengenai ilmu ini. Cara kita memberi penguraian dalam risalah ini bukanlah dengan mengemukakan alasan, malah dengan berpegang pada apa yang telah dialami penulis

‘PENGLIHATAN YANG YAKIN DAN PENGLIHATAN IMAM.’ 

Alloh Ta'ala menghubungkan ruh kepada urusan dan kadang-kadang kepada ‘IZAH’Nya (dzat yang tidak bisa dicapai dengan akal dan fikiran) dengan firmanNya :


‘Dan Aku (Alloh) tiupkan padanya ruh dariKU’  

dan firmanNya lagi yang bermaksud:



وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُمْ مِنَ الْعِلْمِ إِلا قَلِيل

"Dan mereka bertanya kepadamu tentang ruh.‘Katakanlah (hai Muhammad) bahawa roh itu adalah urusan tuhanku’ dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit'."(Al-Isra' ayat 85)
dan firmanNya lagi yang bermaksud:

‘Lalu kami tiupkan padanya dari roh kami.’

Bila roh itu dihubungkan oleh Alloh Taala kepada diriNya tentulah ia bukan jisim atau A’rodh karena rendah tingkat kedua-duanya, selalu berubah-ubah dan cepat hilang serta akan rusa. Rosululloh S.W.T. bersabda yang di maksud: 

“Roh-roh adalah sebagai tentera yang lengkap”

dan dalam sabda Baginda yang lain lagi Beliau menyatakan:

“Roh para syuhada' terletak dalam bayang-bayang burung-burung hijau.”

Begitu juga dengan A’rodh tidak kekal selepas hilangnya jauhar karena A’rodh tidak boleh berdiri dengan dzatnya sendiri. Manakala saat jisim menerima peleburan kembali sebagaimana asalnya sebelum penyusunan dari benda (Al Madah) dan rupa seperti yang tersebut dalam kitab-kitab (kitab-kitab falsafah). 

Setelah kita mengetahui ayat-ayat, hadis-hadis dan alasan-alasan akal, ketahuilah kita bahawa ruh itu adalah JAUHAR MUFROD YANG SEMPURNA (Al-Jauharul Mufrod Al-Kamil) hidup dengan dzatnya, baik dan buruknya agama adalah datang daripadanya, manakala ruh Tobi'e dan Ruh Hewani dan kekuatan badaniyah seluruhnya daripada tentara Jauhar Mufrod Yang Sempurna ini. 

PENCARIAN HIDUP MENUJU KEKASIH SEJATI

JANGAN SUKA MENGANGGAP SESUATU YG TIDAK COCOK ITU ADALAH SESAT NAMUN SIKAPILAH SAMPAI KAU BENAR'' MEMAHAMINYA ...

KARENA JIKA KAU MENILAI CIPTAANNYA MAKA NISTALAH DIRIMU ... KARENA ALLOH MAHA MENILAI PADA APA'' YANG KAU SANGKAKAN











AlkisAnnabila